Salam. Kalau otai-otai mesti tau game dart ni mesti tough punya mental. Pasal otai otai dart ni biasa masuk bertanding. Nak maintain score satu hal, nak checking satu hal. Kalau buat hal rumah 32, 16, 8 @ 4 memang berhantu, tak masuk masuk check, check tendang aje. Banyak dah Brader tengok yang jadi macam tu. Tinggal lawan 200 lebih pun tak check, lawan mari dari belakang cekik satu batang aje dah check. Adoyaa.
Brader bukan otai, OKU aje, bahu tak baik baik, makan ubat, berurut pun tak baik baik jugak. Nak menangis pun ada pasal dah jadi OKU. Brader tak masuk bertanding bertanding ni, tunggu PRU nanti kot bertanding pasang poster, gegegegege.
Orang baru mungkin tak berapa rasa kot dia punya tekanan. Tapi hari Sabtu lepas rasa stress jugak bila main kawan kawan asyik masuk 60 sebatang. Bila kejar dah dekat diaorang score lagi, adoyaa. Lama dah tak rasa cenggini (ayat Along UMT ni). Nak check160 - masuk 60, masuk 60 lagi, rumah top miss tinggal 20. Sampai sudah tak check.
Nak warning darters baru je - main dart ni berhantu, kita jadi hantu atau mat gian sebab selagi tak dapat apa yang kita nak selagi tu kita lempar dan main. Tapi practise makes perfect. Maju sukan dart Malaysia.
Nak minta bantuan brader dart. Game ni ada tak competition untuk OKU. Abg sy oku tapi sangat suka dan boleh main dart. Ada ke mana site yg brader boleh tolong
ReplyDelete