Sunday, November 20, 2016

DART PELANGI

Dart ni datang barrel aje, tak ada stem dan flight. Tuan dia dah datang ambik.
Jual kepada Sanglamboo JKR, saya jual dengan harga sekian. Tq.


XQMAx Darts Career Slam 21g

Dah test dah ni, ok aje. Hujung depan barrel profile dart James Wade. Tapi Brader kena tukar mata 50mm pasal jari masa pegang dart dok kat mata dart. Nak review lagi tak reti, cuba google mestu ada punya.


BARANG DART SUDAH SAMPAI

Lega, barang sudah sampai taoi semua orang punya. Tunggu tuan punya datang ambik aje.













Dart Gerwen tuan dia dah datang ambik. happy darting.Target Precision tuan dia suruh hold dulu, nanti datang ambik.

Fit flight dan stems Brader pakai sendiri.

XQMax Dart Career Slam jual kepada Adik Mat, jual dengan harga sekian.

Satu lagi XQMax Dart Career Slam Barder jual kepada Brader sendiri, Barder jual dan beli dengan harga sekian, gegegege.

Wednesday, November 9, 2016

TARGET HARUKI MURAMATSU - RISING SUN 22G

Sayang sungguh, beli dart mahal-mahal tak bleh nak pakai. Dart cantik tapi tak sesuai dengan grip. Harga dah la mahal, latus latus la jugak. Ni kes minat lah ni, tak tahu sesuai ke tidak dart bila beli. Asal

Tak reti nak cerita pasal dart ni. Ada darters kat luar sana bleh cerita pasal pakai dart ni tak?


Kotak simpan lagi, nanti masuk balik dalam kotak, buat perhiasan je la.



Centre of gravity






















WINMAU STRATOS DUAL CORE 23G (NEW SET) UNTUK DIJUAL (SUDAH JUAL)

Salam. Ada satu set dart Winmau Stratos Dual Core 23g untuk dijual.
Gambar sebagaimana dibawah. Jika ada yang berkenan bolah whatsapp Brader, nombor ada kat bawah tajuk blog. Sekian, terima kasih.


Sudah jual kepada Zahar Teh LKIM


Sunday, November 6, 2016

Mental Game, Stress Woiii

Salam. Kalau otai-otai mesti tau game dart ni mesti tough punya mental. Pasal otai otai dart ni biasa masuk bertanding. Nak maintain score satu hal, nak checking satu hal. Kalau buat hal rumah 32, 16, 8 @ 4 memang berhantu, tak masuk masuk check, check tendang aje. Banyak dah Brader tengok yang jadi macam tu. Tinggal lawan 200 lebih pun tak check, lawan mari dari belakang cekik satu batang aje dah check. Adoyaa.

Brader bukan otai, OKU aje, bahu tak baik baik, makan ubat, berurut pun tak baik baik jugak. Nak menangis pun ada pasal dah jadi OKU. Brader tak masuk bertanding bertanding ni, tunggu PRU nanti kot bertanding pasang poster, gegegegege.

Orang baru mungkin tak berapa rasa kot dia punya tekanan. Tapi hari Sabtu lepas rasa stress jugak bila main kawan kawan asyik masuk 60 sebatang. Bila kejar dah dekat diaorang score lagi, adoyaa. Lama dah tak rasa cenggini (ayat Along UMT ni). Nak check160 - masuk 60, masuk 60 lagi, rumah top miss tinggal 20. Sampai sudah tak check.

Nak warning darters baru je - main dart ni berhantu, kita jadi hantu atau mat gian sebab selagi tak dapat apa yang kita nak selagi tu kita lempar dan main. Tapi practise makes perfect. Maju sukan dart Malaysia.

Dart Serupa Purist Phil Taylor

Salam. Ni ada dart serupa dengan Unicorn Phil Taylor Purist. Dart Phil Taylor brand Unicorn tak payah cari la skrang, Unicorn dah stop pasal Taylor dah join Target. Kalau ada pun dekat ebay atau kedai-kedai yang simpan stok. Yang ni RM120.00 termasuk pos. Berat 22g.


Winmau Stratos Dual Core 23g

Salam. Mana tuan dart ni, cakap nak ambik, tapi tak ambik ambik lagi. Jual karang baru dia tahu.


Stephen Bunting 2nd hand darts

Salam. Terima kasih kepada Encik Mohd Zulhilmi, MARDI Pasir Puteh, Kelantan kerana beli dart ni. Baru 2 sesi pakai, barrel tak scratch mana pun, ada 1 @ 2 je sket.


Thursday, November 3, 2016

Dart Baru

Chizzy = RM180.00  RM170.00 (termasuk pos)

Jackpot = RM180.00 RM170.00 (termasuk pos)

Vapor 8 = RM160.00 RM150.00 (termasuk pos) jual kepada Mansor Todak PTG Terengganu



2nd hand dart - update semula

Mohon Maaf

Brader mohon maaf kepada mereka mereka yang ada email Brader pasal nak beli dart. Email Brader pun dah lama Brader tak bukak.

Brader tak berapa aktif jual dart sekarang. Dart dan aksesori dart ada lagi tapi Brader lebih tumpukan kepada pembeli di Terengganu sebab Brader terikat dengan kerja yang datang kadang kadang mengejut. Nak keluar pos barang masa kerja jadi satu masalah kepada Brader.

In shaa Allah kalau ada dart dengan Brader, Brader akan bagitau.

Ada kawan Brader nak jual Dart Winmau Stratos Duo 23g baru pakai 2 @ 3 kali. Dart masuk dalam kotak balik. Kalau ada yang berminat boleh wasap Brader - 014 8148484.

Agak-agak dart Target Haruki 2nd hand ada orang berminat tak?

Sekali lagi Brader minta maaf.

Sunday, March 16, 2014

TARGET TAYLOR POWER 9FIVE

Salam semua. 1 tahun tak update, nasib baik bleh log in lagi. Brader nak cerita sikit pasal dart Target edisi 2014 - Power 9Five, dart Phil Taylor terbaru. Untuk makluman bagi yang tak tau, Taylor dah blah dari Unicorn dan join Target, lumayann beb dia dapat.



Nak kong sket pasal dart ni, pendapat Brader bukan pendapat orang lain, sangat bagus. Bagus pada yang pegang barrel kat tengah, tak bagus untuk yang pegang depan (front loading). Well balance. fgBrader pegang kat depan, kena adjust pegang tengah, makan masa. Tapi kalau yang dah accurate tu dart ni memang bagus pakai. Barrel dia plak pixel grip, lubang-lubang pada ring, tak melekat kat jari.

Info dia:
Panjang tak termasuk steel tip: +- 41 mm
Panjang termasuk steel tip: +- 70 mm
Width/lebar (nak panggil apa ntah):
Tungsten 95%
Shaft Titanium Power Shaft - jenis tweenie (39 mm - tak termasuk "screw" bawah)
Shaft bleh cabut/ganti dia punya top (harga pun mahal shaft ni)
Flight - Target Vision Edge (yang suka tebuk flight pakai punch jangan tebuk, nanti jangka hayat dia pendek, hehehe)

Dalam dia ada kaler biru, belilah yang original

Tulisan laser jelas kelihatan pada barrel
Size tweenie


Satu perkara, dart Brader beli ni 24g, tapi apasal rasa macam 22g? Perasan Brader kot.

Wednesday, February 6, 2013

Dart Board Setup



Salam. Mungkin ramai yang dah tau nak setup board. Saja aje letak sini buat yang tak tau. Cara paling senang nak tentukan jarak lontaran ambil kiraan diagonal c (lihat gambar) - sukat apakai tali ke pita pengukur ke apa (panjang 2.93m @ 9 kaki 7.5 inci) ambik dari bull eye sampai ke lantai. Kalau kira ikut (b) susah sket kot, pakai buat sukatan untuk jarak (c) bleh la.






STANDARD DIMENSIONS
Centre Bull Height (a)
1.73 m (5 ft 8 in)
Minimum Throwing Distance (b)
2.37 m (7 ft 9.25 in)
Diagonal (c)
Centre Bull to back of Oche
2.93 m (9 ft 7.5 in)
Height of raised Oche
38 mm (1.5 in)
Length of raised Oche
610 mm (2 ft 0 in)
Conversion Factor
1 cm (0.3937 in)
Diagonal Length
√Height2 + Oche2 =
√1.732 + 2.372 =
√2.9929 + 5.6189 =
√8.6098 =
2.934 m (9 ft 7.5 in)

LEGEND
m = metres
cm = centimetres
mm = millimetres
ft = feet
in = inches
√ = square root

DARTS UNTUK DIJUAL: GAMBAR DAN HARGA

Salam. Kawan brader suruh upload gambar darts dijual. Jadi brader update jelah kat sini.

Winmau Testament Black, 24 gram. Harga: RM130.00. Pos RM10.00 (Jaideh Dusun, Sabah 27.3.2013)

Winmau Navigator 23 gram. Harga: RM120.00. Pos RM10.00 (Mat Yi Petronas 25.3.2013)

 Winmau Foxfire 21 gram. Harga: RM90.00. Pos RM10.00 (Mat Yi Petronas 25.3.2013)

Winmau Diablo 24gram. Harga: RM120.00. Pos RM10.00 (Encik Jaideh Dusun, Sabah 27.3.2013)
Winmau Dennis Priestley 23 gram. Harga: RM120.00. Pos RM10.00

Winmau Darryl Fitton 23 gram. Harga: RM120.00. Pos RM10.00 (Mr. Shaq, KL)

Winmau Assault C 24 gram. Harga: RM130.00. Pos RM10.00 (Encik Jaideh Dusun, Sabah 27.3.2013)
Unicorn T90 23 gram. Harga: RM120.00. Pos RM10.00 (Mr. Silverius, Sabah)


 Unicorn Gripper 23 gram. Harga: RM120.00. Pos RM10.00 (hilang, tak ada rezeki)

Target Precision Voyager 23 gram. Harga: RM150.00. Pos RM10.00 (sold to Mr Yo PTG)

Target Precision Discovery 26 gram. Harga: RM150.00. Pos RM10.00
Target Precision Discovery 24 gram. Harga: RM150.00. Pos RM10.00 (sold to Mr Rod Risda)


Target Precision Aviator 24gram. Harga: RM150.00. Pos RM10.00

 Golden Scalloped 25gram 85%. Harga: RM100.00 RM90.00 Pos RM10.00

 Golden Scalloped 23gram 85%. RM100.00 RM90.00. Pos RM10.00 (Mr. Jaideh Dusun, Sabah)

 Scalloped Darts 80% 24gram. Harga: RM70.00. Pos RM10.00 (Mr. Silverius, Sabah)

 Scalloped Darts 80% 23gram. Harga: RM70.00. Pos RM10.00


Razor 85% 23gram. Harga: RM80.00. Pos RM10.00 (Mr. Silverius, Sabah)
Razor 85% 22gram. Harga: RM80.00. Pos RM10.00 (Mr. Silverius, Sabah)

Harrows I.C.E. 25gram. Harga: RM130.00. Pos RM10.00
 Harrows I.C.E. 24gram. Harga: RM130.00. Pos RM10.00 (Mr. Jaideh Dusun, Sabah)


 Harrows Fire 22gram. Harga: RM150.00. Pos RM10.00

Harrows Boxer 23gram. Harga: RM120.00. Pos RM10.00 (Jaideh Dusun, Sabah 27.3.2013)
Harrows Boxer 22gram. Harga: RM120.00. Pos RM10.00
Harrows Atlantis 95% 23gram. Harga: RM140.00. Pos RM10.00 (Mr. Jaideh Dusun, Sabah)
 Designa W 90% 23gram. Harga: RM80.00. Pos RM10.00
(Mr. Shaq, KL)
Designa 95% 24gram. Harga: RM110.00. Pos RM10.00


Designa 95% 23gram. Harga: RM110.00. Pos RM10.00 (Samsul KETARA)
Designa 95% 22gram. Harga: RM110.00. Pos RM10.00
(Jaideh Dusun, Sabah 27.3.2013)
Sekian. terima kasih kerana melawat blog ini.

DARTS STEEL TIP 2 INCI

Ni ada gambar dart brader pakai yang mata 2 inci. Mata panjang. Yang mata hitam tu mata dia 1.5 inci aje. Rasa macam balance sikit sebab brader pegang hujung dart.

Kawan brader ada buat mata 2 inci panjang yang slim, bila lempar lekat dekat board dia akan bergetar.

Brader bukan pandai main dart tapi minat main dart aje bos. Main selalu aje kalah, jadi tak payah lah ajak brader lawan.