Wednesday, November 9, 2016

WINMAU STRATOS DUAL CORE 23G (NEW SET) UNTUK DIJUAL (SUDAH JUAL)

Salam. Ada satu set dart Winmau Stratos Dual Core 23g untuk dijual.
Gambar sebagaimana dibawah. Jika ada yang berkenan bolah whatsapp Brader, nombor ada kat bawah tajuk blog. Sekian, terima kasih.


Sudah jual kepada Zahar Teh LKIM


Sunday, November 6, 2016

Mental Game, Stress Woiii

Salam. Kalau otai-otai mesti tau game dart ni mesti tough punya mental. Pasal otai otai dart ni biasa masuk bertanding. Nak maintain score satu hal, nak checking satu hal. Kalau buat hal rumah 32, 16, 8 @ 4 memang berhantu, tak masuk masuk check, check tendang aje. Banyak dah Brader tengok yang jadi macam tu. Tinggal lawan 200 lebih pun tak check, lawan mari dari belakang cekik satu batang aje dah check. Adoyaa.

Brader bukan otai, OKU aje, bahu tak baik baik, makan ubat, berurut pun tak baik baik jugak. Nak menangis pun ada pasal dah jadi OKU. Brader tak masuk bertanding bertanding ni, tunggu PRU nanti kot bertanding pasang poster, gegegegege.

Orang baru mungkin tak berapa rasa kot dia punya tekanan. Tapi hari Sabtu lepas rasa stress jugak bila main kawan kawan asyik masuk 60 sebatang. Bila kejar dah dekat diaorang score lagi, adoyaa. Lama dah tak rasa cenggini (ayat Along UMT ni). Nak check160 - masuk 60, masuk 60 lagi, rumah top miss tinggal 20. Sampai sudah tak check.

Nak warning darters baru je - main dart ni berhantu, kita jadi hantu atau mat gian sebab selagi tak dapat apa yang kita nak selagi tu kita lempar dan main. Tapi practise makes perfect. Maju sukan dart Malaysia.

Dart Serupa Purist Phil Taylor

Salam. Ni ada dart serupa dengan Unicorn Phil Taylor Purist. Dart Phil Taylor brand Unicorn tak payah cari la skrang, Unicorn dah stop pasal Taylor dah join Target. Kalau ada pun dekat ebay atau kedai-kedai yang simpan stok. Yang ni RM120.00 termasuk pos. Berat 22g.


Winmau Stratos Dual Core 23g

Salam. Mana tuan dart ni, cakap nak ambik, tapi tak ambik ambik lagi. Jual karang baru dia tahu.


Stephen Bunting 2nd hand darts

Salam. Terima kasih kepada Encik Mohd Zulhilmi, MARDI Pasir Puteh, Kelantan kerana beli dart ni. Baru 2 sesi pakai, barrel tak scratch mana pun, ada 1 @ 2 je sket.


Thursday, November 3, 2016

Dart Baru

Chizzy = RM180.00  RM170.00 (termasuk pos)

Jackpot = RM180.00 RM170.00 (termasuk pos)

Vapor 8 = RM160.00 RM150.00 (termasuk pos) jual kepada Mansor Todak PTG Terengganu



2nd hand dart - update semula

Mohon Maaf

Brader mohon maaf kepada mereka mereka yang ada email Brader pasal nak beli dart. Email Brader pun dah lama Brader tak bukak.

Brader tak berapa aktif jual dart sekarang. Dart dan aksesori dart ada lagi tapi Brader lebih tumpukan kepada pembeli di Terengganu sebab Brader terikat dengan kerja yang datang kadang kadang mengejut. Nak keluar pos barang masa kerja jadi satu masalah kepada Brader.

In shaa Allah kalau ada dart dengan Brader, Brader akan bagitau.

Ada kawan Brader nak jual Dart Winmau Stratos Duo 23g baru pakai 2 @ 3 kali. Dart masuk dalam kotak balik. Kalau ada yang berminat boleh wasap Brader - 014 8148484.

Agak-agak dart Target Haruki 2nd hand ada orang berminat tak?

Sekali lagi Brader minta maaf.